Category Archives: Motivasi
Kejayaan
Selama dua puluh lima tahun dalam hidup saya, saya telah menjelajahi kebanyakan negara dan bertemu dengan ramai orang yang berlainan bangsa dan budaya. Setakat ini saya belum lagi pernah terjumpa dengan orang yang mencari kegagalan atau inginkan kegagalan.
Setiap orang yang saya temui atau yang akan saya temui di masa akan datang adalah orang yang mencari dan inginkan kejayaan. Walau bagaimanapun, ramai orang salah faham dengan maksud perkataan kejayaan atau menjadi berjaya.
Kuasa Pemikiran POSITIF…
Tidak seperti makhluk yang lain, manusia memiliki kuasa unik yang tiada batasannya, yang luar biasa, dan tidak dapat diambil oleh orang lain. Ia adalah kuasa besar di bawah kawalan manusia. Ia juga adalah kuasa yang menentukan kedudukan sesebuah tamadun bangsa, tahap kemajuan, dan kemakmuran – itu adalah kuasa berfikir.
Yang paling hebat adalah kuasa pemikiran positif. Ia membuka pintu untuk pencapaian, kejayaan, kegembiraan dan kemakmuran. Kualiti pemikiran anda menentukan kualiti sikap, disiplin dan tindakan anda. Pemikiran adalah benda. Pencapaian atau kegagalan timbul dari pemikiran. Apa yang kita fikirkan; terhasillah buah fikiran. Kekayaan dan kegembiraan atau kesedihan bermula dalam minda. Dengan itu, buah fikiran menentukan kemenjadian anda dan kualiti kehidupan anda.












