Master Jedi Qui Gon Bakal Peluk Islam?
KUALA LUMPUR – Siapa sangka seorang ‘Master Jedi’ terkenal seperti Qui Gon Jinn secara tiba-tiba menyatakan hasrat dan berminat untuk mendekati agama Islam dengan lebih mendalam serta seterusnya memeluk agama suci itu.
Qui Gon Jinn atau nama sebenar pemegang watak filem legenda Star Wars itu, Liam Neeson, 59, menyatakan hasratnya tersebut kepada akhbar The Herald Sun bahawa laungan azan yang berkumandang telah meresap ke jiwanya dan menghadiahkan satu perasaan yang sangat indah.
“Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah.
“Ada 4000 masjid di bandar ini (Istanbul). Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.
Pelakon Hollywood terkenal itu merupakan penganut agama Kristian Katolik terpesona dengan laungan azan ketika menjalani pergambaran filem terbarunya, The Grey, di Istanbul, Turki.
Neeson yang dinamakan ibubapanya sempena nama seorang paderi tempatan pernah berkahwin dengan Natasha Richardson yang meninggal pada usia 45 tahun di dalam satu kemalangan ketika meluncur salji pada tahun 2008.
Sebelum meninggal dunia, Natasha pernah memberitahu suaminya mengenai keraguan pada kepercayaan yang dianuti pasangan tersebut sehingga menyebabkan beliau sering tertanya-tanya tentang arah kehidupan yang sebenar.
“Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme,” katanya lagi.
Master Jedi Qui Gon Jinn merupakan ‘Padawan’ kepada Count Dooku, menjadi mentor kepada Obi-Wan Kenobi dan merupakan guru yang bertanggungjawab melatih Anakin Skywalker yang kemudiannya berubah hala menjadi ‘Darth Vader’ di dalam filem tersebut.
‘Hidayah’ untuk memeluk agama Islam merupakan satu kurniaan istimewa dari Allah yang tiada terhingga nilainya kepada setiap insan dan hanya diberikan kepada mereka yang terpilih sahaja tanpa boleh dipaksa-paksa.
Misalnya sebuah riwayat menceritakan bagaimana Rasulullah SAW pernah berdoa dan memohon agar bapa saudaranya, Abu Talib, supaya diberikan hidayahNya untuk memeluk agama Islam namun permintaan Baginda itu ditolak Allah SWT.
Bagaimanapun, Allah SWT menjanjikan seksaan paling ringan untuk bapa saudara kesayangan Rasulullah SAW itu dan beliau kekal sebagai kafir sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Posts Related to Master Jedi Qui Gon Bakal Peluk Islam?
Liam Neeson: I may become a Muslim
Catholic movie star is thinking about changing faith HOLLYWOOD star Liam Neeson is considering giving up his Catholic belief and becoming a Muslim. The actor, ...
Hakim Arah Tahan Pengasas Megaupload
AUCKLAND – Pengasas laman web perkongsian fail Megaupload, Kim Dotcom atau nama sebenarnya Kim Schmitz yang merupakan seorang jutawan diarah ditahan oleh hakim sebuah mahkamah ...
Motivasikan Diri!
Ahli psikologi mentakrifkan Motivasi sebagai: "Satu keadaan dalaman (baik suatu keperluan atau keinginan) yang memberikan tenaga, mengarahkan, dan membuat kita bergerak ke arah matlamat, tujuan ...
Kisah 3 Orang Pemalas dan 2 Orang Penakut
Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca ...
Langkah Mempertahankan Diri Untuk Wanita
Seni mempertahankan diri memang digalakkan dalam agama Islam.Islam adalah ajaran yang mengalakkan perdamaian, disamping menentang segala bentuk keganasan atau tindakan ganas terhadap orang-lain. Bagaimanapun digalakkan ...










