Lelaki Mengamuk Pecahkan 28 Cermin Kereta

kereta

SEREMBAN – Sekumpulan lelaki seramai 30 orang bertindak liar memecahkan 28 cermin kereta di kawasan perumahan Pangsapuri Lobak di Jalan Tan Sri Manikavasagam di sini semalam.

Tindakan sekumpulan lelaki tersebut yang dilihat menaiki motosikal dipercayai hanya kerana mahu mencari seorang penduduk di pangsapuri berkenaan dan memecahkan cermin kereta dengan menggunakan senjata tajam seperti parang, kayu dan topi keledar.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan berkenaan mendakwa mereka tidak mengenali individu yang dicari kumpulan terbabit.

Menurut laporan dari Sinar Harian, seorang penduduk, R.Parthiban, 31, berkata, semasa kejadian dia terdengar bunyi bising di luar rumah lalu menjenguk keluar.

“Saya terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki memecah cermin kenderaan milik penduduk satu-persatu,” katanya.

“Ketika itu, keadaan begitu huru-hara sekali dan saya melihat beberapa cermin kenderaan lain yang diletak berdekatan turut dipecahkan satu-persatu.

“Apabila abang saya menegur salah seorang lelaki daripada kumpulan itu, mereka terus mengertak kami supaya diam sekiranya tidak mahu diapa-apakan,” kata Parthiban.

Seorang lagi penduduk, S.Mrugan, 43, berkata, dia tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising dari arah luar rumah.

“Saya dan keluarga terus bangun daripada tidur dan melihat keadaan di luar rumah begitu kecoh sekali. Ramai penduduk terkejut dan marah dengan tindakan kumpulan lelaki berkenaan,” katanya.

Tidak lama selepas ‘amukan’ terbabit dan ‘selesai’ memecahkan cermin kereta, kumpulan terbabit terus beredar meninggalkan kawasan perumahan itu.

Berikutan kejadian itu, penduduk terus melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian dan tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam dan kes ini masih dalam siasatan.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Foto: Sinar Harian Online


2 Responses to Lelaki Mengamuk Pecahkan 28 Cermin Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>